Empat penemuan anak penyu berkepala dua direkodkan di Projek Konservasi Lang Tengah Turtle Watch di Tanjong Jara Resort, Terengganu sejak tahun 2021.<br /><br />Pengurus Projek Konservasi Lang Tengah Turtle Watch, Abidah Zaaba berkata daripada jumlah itu seekor ditemui pada tahun lepas manakala tiga lagi dijumpai pada Ogos dan September tahun ini.